Mommy Suhail

Tuesday, 6 September 2016

REVIEW | LACTE DUET ELECTRONIC BREASTPUMP

Assalamualaikum wbt dan Hi semua!



Ingat lagi tak review mommy pasal Autumnz Passion ? well, hari ni mommy nak review Lacte Duet. Buat mereka yang baru-baru nak menceburkan diri dalam bidang mengepam ni, mommy galakkan awak semua, buat survey dulu pump mengikut kesesuaian awak.

Bukan apa, breastpump ni kalau salah beli silap2 hangus je duit awak, sebab lain orang lain kehendaknya, macam mommy memang selesa dengan Passion tapi kawan mommy tak suke passion sebab corongnya yang keras tu buat rasa tak selesa dan sedikit sakit waktu sunction.

Bukan tu je, saiz motor Passion memang tak sesuai kalau nak digunakan untuk pump di ofis atau tempat2 sempit. Sebab saiznya agak besar.

Jadi buat mereka yang cuba2 nak try Lacte Duet, ni review mommy serba sedikit, semoga membantu :)

Pertamanya, Lacte Duet ni sangat ringan dan mudah dibawa dengan sizenya yang kecik, motor pump ni pun alahai comel je, boleh sorok dalam laci dekat office ;)

Kedua, bila sesi pump, awak sendiri takkan sedar sebab bunyi dia senyap je, kalau orang lalu dekat sebelah memang org tu takkan tahu lah yang awk tengah pump. jadi tak de lah segan kan kalau dekat office tu ada staff lelaki

Ok ni yang Lacte paling win, Corong/Shield dia yang lembut- silikon shield kat corong tu mengikut rentak sedutan bayi, disebabkan kelembutan ni Miss "b" kita tak mudah melecet, tak payah nak sapu2 minyak kelapa dara or krim surut bengkak hee, yang mana first timer tu elok sangat lah try Lacte ni
Dekat motor pump ni dah ada siap siap Penunjuk Masa (Timer)- Senang lah nak tengok berapa minit dah kita menge-pump :) :)

Kalau mommy pump waktu malam, tak yah pening2 sebab ada Lampu belakang (back light)- kira tak perlu pasang lampu bilik lah nanti ganggu encik somi je. lampu ni dah cukup terang dan jelas. mudah mommy nak pump walaupun dalam gelap
Satu lagi yang buat Lacte ni WIN, sunction dia boleh adjust antara pump kiri dan kanan secara berasingan- contoh, belah kiri nak sedutan level 2, belah kanan nak sedutan level 5, kalau passion tak boleh set asing asing macam ni

untuk sedutan Lacte sama macam passion ada 9 level dan 2 phase-stimulation dan expression :)

Paling penting Lacte sangat tahan lasak, boleh pakai bertahun kalau pandai jaga 

Ok lah mommy harap review mommy ni membantu awak dalam buat keputusan :) 

ni mommy share kedai online trusted yang awak boleh shopping berbaloi-baloi, 

Sumber fb page: BabyKiss Mommy

Sumber fb page: BabyKiss Mommy
Hope entry kali ni bermanfaat untuk semua :) untuk bakal-bakal ibu, mommy ucapkan TAHNIAH dan selamat menjalani tempoh berpantang nanti.


Sunday, 28 August 2016

8 Langkah "Tackle" Anak "KAKI SHOPPING"


"Mama, adek nak pensel warna tu!" 
"kan minggu lepas mama baru belikan sayang, kan elok lagi, membazir lah"
"NAK JUGAK MAMA!"
"sayang.."
(anak menangis di kedai)

Ini lah yang selalu terjadi bila anak merengek nak minta belikan barang yang dia mahu. Sebagai ibu bapa pasti saat ini merupakan saat yang paling memeningkan. 

Pensel warna dan mainan adalah dua benda yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Sebagai ibu bapa kita memang lemah bila anak mula menangis meronta-ronta minta dibelikan barang yang dia nak tu. 

Tapi, tahukan anda ada beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk "tackle" anak yang kuat shopping ni?

Jom praktiskan 8 langkah ni! boleh jimat duit dan boleh didik anak untuk berjimat cermat.














Tuesday, 23 August 2016

Suhail getting bigger

Assalamualaikum wbt

Hi semua!

Quick update

Alhamdulillah, tak sangka sekejap je masa berlalu. Suhail dah nak masuk 7 bulan. Keletah sangat sangat. Badan pun dah tambah sehat. Beruntungnya mommy sebab jaga Suhail ni senang sangat. Dia jenis tak banyak ragam, tak takut dengan orang. Suke sangat senyum kalau jumpa orang baru.

Mommy rasa semua tu sebab waktu mengandungkan Suhail, mommy kerja as sales executive. Well, hari hari hadap orang buat sales, ramah dengan orang. Tu yang agaknya melekat ke Suhail. Tak caye? meh jumpa mommy, mommy bawak jumpe Suhail. Confirm awak cair je nanti.

Ok lah,

Ni mommy lanje satu gambar Suhail


Sunday, 10 April 2016

Fahami Resveratrol dan kaitannya dengan Kanser dan Kencing Manis

Assalamualaikum wbt

Mungkin ramai yang sudah ketahui Kebaikan Vivix Shaklee tapi masih belum jelas tentang Resveratrol yang mommy dok explain dalam entry tu. Jadi kali ni mommy akan terangkan serba ringkas tapi padat dan in shaa Allah mudah untuk di fahami.

Sunday, 3 April 2016

Upline Shaklee Penipu

Assalamualaikum wbt

Mungkin ada di antara anda yang pernah tertipu dengan upline Shaklee, namun percayalah tidak semua Pengedar Shaklee penipu, pembohong, dan tidak amanah. Andai kata Shaklee benar benar menipu pengedarnya, sudah pasti Shaklee gulung tikar di Malaysia ni. Justeru itu, sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai bisnes Shaklee pastikan anda memilih kumpulan yang tepat.

Ramai yang mendaftar sebagai ahli Shaklee tidak mengetahui siapa Upline mereka, ini menyebabkan mereka tidak dapat bimbingan bisnes yang tepat. Bukan itu sahaja, banyak lagi sebab mengapa ramai yang menyesal mendaftar sebagai ahli Shaklee.

Saturday, 2 April 2016

Cara Daftar Dan Kelebihan Ahli Shaklee

Assalamualaikum wbt

Hi! Tahniah mommy ucapkan kerana anda bijak membuat pilihan untuk menyertai bisnes Shaklee. Ada dua cara untuk menjadi ahli Shaklee. 
  • Anda boleh buat bayaran sebanyak RM80 sebagai yuran keahlian seumur hidup. Dengan RM80 (termasuk RM10 postage ke semanjung) anda akan diberikan member kit yang mengandungi info produk, katalog dan juga sistem bisnes Shaklee. Tiga perkara ni sangatlah penting sekiranya anda ingin berbisnes secara serius bersama Shaklee. 

Borang Pendaftaran Ahli Shaklee

Assalamualaikum wbt
Tahniah kerana berminat untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee. Lengkapkan borang di bawah dan periksa emel anda. Sekiranya anda tidak mendapat sebarang respond dari saya, sila hubungi saya +60193789509

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...