Assalamualaikum wbt
Mungkin ramai yang sudah ketahui Kebaikan Vivix Shaklee tapi masih belum jelas tentang Resveratrol yang mommy dok explain dalam entry tu. Jadi kali ni mommy akan terangkan serba ringkas tapi padat dan in shaa Allah mudah untuk di fahami.
Apa itu RESVERATROL ?
Resveratrol merupakan sebatian polyphenol yang kaya dengan antioxsidan yang biasa ditemui di kulit anggur dan wine merah. Tumbuhan menghasilkan resveratrol untuk melindungi daripada serangan fungus, kulat dan bakteria. Antara tumbuhan yang kaya dengan resveratrol ialah Muscadine Grape. Kulit anggur ini sangat kaya dengan resveratrol kerana ia hidup dikawasan lembab dan memerlukan perlindungan daripada serangan fungus.
Keupayaan resveratrol untuk memperbaiki sel DNA yang rosak telah terbukti berdasarkan kajian ahli saintis terkemuka dunia. Bahkan kandungan resveratrol mampu membunuh sel kanser dan mengurangkan risiko penyakit kardio serta mengawal paras kolestrol dalam badan. Justeru itu pengambilan supplement yang kaya dengan resveratrol seperti Vivix mampu merawat pelbagai penyakit kritikal.
Element Anti-aging yang terdapat di dalam resveratol menjadikan ianya ubat awet muda dikalangan masyarakat kini. Keupayaan resveratrol melawan radikal bebas berupaya mengembalikan keremajaan dan seterusnya menguatkan daya tahan badan.
Resveratrol dan Kanser
Kanser secara umumnya terjadi disebabkan sel rosak yang terbentuk didalam badan dan akhirnya membentuk ketumbuhan ( tumor ). Pada asalnya ketumbuhan tidak di kategorikan sebagai bahaya kerana ia masih boleh diubati dengan cara pembedahan. Namun ianya menjadi bahaya apabila sel rosak ini mula berkembang dan mengganggu susunan tisu dalam badan.
Apabila sel rosak ini makin membesar, ianya memerlukan oksigen, Maka ia akan mula memasuki salur darah. Salur darah yang terbentuk hasil daripada sel rosak ini lah yang menjadi punca sel kanser merebak.
Berdasarkan kajian BHARAT B. AGGARWAL, The University of Texas M. D. Anderson Cancer Center mengenai Peranan Resveratrol Menangani dan Merawat Kanser, resveratrol berupaya mencegah dan merawat pelbagai jenis tumor. Ini kerana resveratrol mempunyai kesan antiproliferative didalam proses apoptosis -proses pembentukan sel baru
Keupayaan resveratrol terhadap radiosensitive dan chemosensitive mejadi nilai tambahan terhadap keunikan resveratrol. Justeru itu pesakit kanser yang memerlukan rawatan chemo boleh mengamalkan makanan tambahan yang kaya dengan resveratrol kerana ia mampu memulihkan semula sel sel yang rosak akibat proses rawatan tersebut.
Resveratrol Anti-radang
Pengambilan makanan berlemak dan karbohidrat yang berlebihan membentuk kolestrol yang menjadi punca utama masalah tekanan radang (inflammatory stress). Sebatian resveratrol dan polyphenols bertindak sebagai ejen anti radang dan anti oksidan.
Resveratrol dan Diabetes
Berdasarkan kajian saintifik, resveratrol berupaya meningkatkan sensitiviti insulin dan mengurangkan bacaan glukosa dalam darah untuk pesakit kencing manis jenis 2.
Cara Mudah dan Murah dapatkan manfaat Resveratrol
Vivix Shaklee mengandungi lebih 10x ganda kandungan resveratrol. Gabungan polyphenols daripada 4 bahan utama seperti anggur Muscadine, Japanese Knotweed, Purple Carrot dan European Elderberry menjadikan supplement Vivix sebagai alternative untuk merawat penyakt kritikal. Antaranya:
- Penyakit kanser seperti kanser payudara
- Kencing Manis
- Tekanan Darah Tinggi
- Alzheimer
- dan banyak lagi
Malah pengambilan Vivix secara konsisten mampu mengembalikan awet muda. ye lah sel sel badan dah kembali sehat sudah pasti kulit kita pun sehat kan.
Berminat untuk mendapatkan Vivix? mudah sahaja. Anda boleh order secara terus dengan Shaklee dengan hanya menekan button di bawah.
Dapatkan juga premium consultation daripada saya dengan setiap pembelian product Shaklee. Sebarang pertanyaan hubungi saya +60193789509.
No comments:
Post a Comment