Mommy Suhail: 10 Langkah Mudah Tingkatkan Susu

Friday, 18 March 2016

10 Langkah Mudah Tingkatkan Susu

Beri Susu Ibu Kerap, Bukan Susu Formula

Susu ibu yang mudah dihadam akan membuatkan bayi mudah lapar. Lebih kerap bayi menyusu lagi banyak susu terhasil. Mommies masih ingat Demand vs Supply? Susu formula susah dihadam jadi bayi akan mudah berasa kenyang.


Hanya Susu Ibu Yang Diperlukan!

Beri bayi anda susu ibu sahaja sepanjang 6 bulan pertama dan sebaiknya sehingga berusia dua tahun. Elakkan memberi susu formula atau makanan tambahan lain.

Menyusu Mengikut Kehendak Bayi

Beri susu ketika bayi menunjukkan tanda lapar.


Jika Bayi Tidak Menelan Susu, Dia tidak menyusu 

Perhatikan hisapan bayi, pastikan bayi menelan susu (hisap-telan-hisap-telan). Biasanya mommies akan dengar bunyi bayi menelan susu. Ala macam kita minum air, kan bila telan tu ada bunyi gulp gulp hah lebih kurang gitu.

Katakan Tidak Pada Puting dan Botol!

Elakkan memberi puting dan botol pada bayi diawal usia. Tapi sekiranya anda seorang ibu bekerjaya, anda perlu melatih bayi menyusu botol seawal 2 minggu selepas lahir. Kalau tidak, mommies susah lah nak kerja nanti. Bayi asyik nak “ngepeng” je.

Tido Bersebelahan Bayi

Berdekatan dengan bayi ketika tidur akan memudahkan ibu untuk menyusukan bayi. Digalakkan memberi susu dalam keadaan baring mengiring. Sambil menyusu momies boleh berehat!

Lekapan Yang Sempurna Memudahkan Anda

Pastikan mulut bayi melekap sempurna di payudara anda. Lekapan yang sempurna melancarkan pengeluaran susu. Berikut merupakan teknik lekapan yang betul:

1. Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas

2. gerakkan badan bayi kearah payudara

3. pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara(areola)

4. pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara



Kedudukan Penyusuan Yang Selesa

Pastikan mommies selesa ketika menyusukan bayi. Berikut merupakan posisi yang mommies boleh cuba.


Cradle Hold

Ibu duduk dengan badan bayi disokong sepanjang lengan dan kaki dibalut longgar.
Ibu memangku bahu bayi dan memegang kepalanya. 
Pastikan ruang mencukupi bagi bayi tanpa membongkokkan kepala ibu kehadapan untuk menyusukannya

Posisi Football Hold

Ibu duduk memangku bayi dengan lengan dimana muka dan kepala bayi menghadap payudara.

Cross Cradle Hold (Posisi Beralih Payudara)

Bayi dipangku sepanjang lengan dan ibu juga boleh menukar pegangan bayi dengan beralih payudara.Ibu juga boleh mengawal kepalanya.

Lying Down

Bayi baring mengiring menghadap ibunya.Seluruh badannya melekap dekat ibu

Bagi mommies yang mempunyai bayi kembar boleh mencuba posisi seperti di bawah.


Momies disarankan untuk sendawakan bayi selepas menyusu. Boleh cuba cara dibawah.


Lihat Bayi Anda, Bukan Jam!

Perhatikan bayi anda ketika menyusu. Mommies tidak digalakkan menghentikan penyusuan selagi bayi belum kenyang. Mommies boleh menukar side payudara (kiri ke kanan atau sebaliknya) sekiranya bayi masih lapar. Pastikan bayi sendiri yang melepaskan mulut dari payudara.

Jangan Bertangguh Sekiranya Inginkan Bantuan!

Malu bertanya sesat jalan. Sekiranya mommies mengalami kesukaran untuk menyusukan bayi, segera dapatkan bantuan dari pakar laktasi atau kaunselor yang berdekatan. Jangan bertangguh!

Harap mommies faham 10 langkah mudah tambah susu yang telah saya kongsikan. Oh selain daripada tips ni mommies boleh cuba milk booster terhebat dijamin berkesan oleh Shaklee. Dapatkan Set Menyusu Shaklee dengan harga super jimat.

Better late than Never! Call me now!

Fatyn Bahrin
FREE CONSULTATION!!
Whats’sApp/SMS : +60193789509
Whats’sApp/SMS : +60193789509
Whats’sApp/SMS : +60193789509
Shaklee ID: 1225846



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...